About Panggaudayak:
An idea from Nicholas J. Ugik launched on late year 2011. Ugik hold a Bachelor Degree of Social Sciences (History Studies) has deep passion about Iban History and it's culture. His hot debut on thesis writing about Development of Iban Culture and Literature (1980-2000) as a break point for himself in Iban studies. Futhermore, he put his lifework on Panggaudayak as a legacy to the future.

"Make history be a path to future"

N.J. Ugik


Friday 6 May 2011

Konsep Bejalai : Urbanisasi dan Perubahan Budaya di Kalangan Masyarakat Iban (1980-2000)

Oleh: Nicholas J. Ugik (BA Soc. Sci., UMS)

Perubahan dan Perkembangan Kebudayaan Iban Menjelang Era 1980-2000

Memang sudah menjadi lumrah bahawa berlakunya perubahan terhadap kebudayaan sesuatu bangsa dan kaum kerana dipengaruhi oleh persekitaran yang lebih dominan dan mudah diterima ramai. Begitu juga dengan kaum Iban yang mengalami perubahan budaya yang sangat ketara apatah lagi dipengaruhi oleh arus pemodenan yang berlaku di sekeliling sekitar 1980-an dan juga ada sesetengah budaya tersebut tidak sinonim lagi diamalkan pada masa kini. Namun yang demikian, ada juga budaya tersebut berasmilasi dan juga disesuaikan dengan cara hidup kontemporari kerana pengekalan terhadap budaya adalah menunjukkan identiti satu rumpun bangsa dan juga etnik yang wajar dipertahankan.

          Dapat dilihat dengan begitu jelas kebudayaan kaum Iban yang harus menjadi warisan adalah ia tidak tabu dan bersesuaian dengan peredaran zaman telah dipertahankan. Perubahan kebudayaan ini juga turut mempengaruhi cara kehidupan masyarakat Iban secara keseluruhannya. Kebanyakan mereka sudah meninggalkan amalan hidup yang lama dan memulakan diari kehidupan yang baru. Perkembangan ini secara jelasnya membawa kepada kelahiran masyarakat Iban yang baru. Dari satu aspek yang lain ia dilihat sebagai ancaman kepada pengekalan kebudayaan dan boleh dianggapkan melupuskan identiti sesuatu kaum seandainya pemeliharaan tidak dilakukan terhadap warisan budaya yang berharga ini.

 Perubahan Budaya Hidup dan Pengamalan Adat Asal

Amalan kehidupan yang dapat dilihat mengalami perubahan besar dalam konteks ini terutamanya menjelang 1980-an ekoran Malaysia sudah mencapai era pemodenan maka ia secara tidak langsung membawa sama masyarakat Iban mengalami perubahan untuk terus relevan kekal sebagai anggota masyarakat yang dinamik. Ini juga bersangkutan dengan keperluan ekonomi yang sudah berubah di mana kegiatan ekonomi tradisional yang sudah ditinggalkan kerana tidak sesuai dengan peredaran zaman.[1] Budaya hidup yang tidak konsisten menyebabkan sebilangan besar masyarakat Iban terutamanya golongan belia juga memilih gaya hidup moden. Perkembangan teknologi maklumat memainkan peranannya apabila media cetak dan elektronik mula menjadi pilihan masyarakat untuk mengikuti keadaan semasa. Faktor penolak kepada isu ini ialah budaya baru yang dominan mengambil alih tempat kebudayaan tradisional yang dilihat tidak begitu popular bagi masyarakat Iban. Tambahan pula golongan muda lebih senang menerima budaya baru memandangkan mereka mula berhijrah ke kawasan bandar dan juga merantau ke tempat orang. Dalam keadaan yang sedemikian juga, pilihan haruslah ditentukan sama ada memilih corak hidup lama atau melih corak kehidupan baru.

          Pertama sekali yang boleh dilihat ialah proses urbanisasi yang berlaku dengan secara giatnya terutamanya perkembangan bandar-bandar utama di Sarawak khususnya industri gas di Bintulu dan juga industri minyak di Miri telah menyebabkan ramai masyarakat Iban yang berpindah ke banda-bandar ini khususnya selepas tahun 1990-an yang menyebabkan pola petempatan kaum Iban berubah selepas daripada tempoh tersebut. Malah generasi mudanya mula berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib. Dari satu aspek yang lain, ini boleh diklasfikasilan sebagai perintis kepada adat ‘bejalai” yang telah diamalkan semenjak daripada zaman Iban tradisional iaitu mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari pengalaman.[2]

          Pada zaman moden ini, ia telah berubah konsep menjadi amalan keluar daripada rumah panjang untuk mencari rezeki dan juga menambahkan pengalaman hidup. Malah kepatuhan kepada adat juga membuatkan pemuda Iban ini tidak akan kembali seandainya gagal mendapatkan sesuatu yang boleh menjadi tanda kebanggaan bahawa mereka sudah memperolehi kejayaan di perantauan. Selain daripada itu juga, perkembangan pendidikan di kalangan kaum Iban juga menyebabkan mereka jauh di perantauan untuk menuntut ilmu dan juga berharap dapat mengubah nasib keluarga mereka agar menjadi lebih baik sesuai dengan tuntutan persekitaran yang sudah banyak berubah.

          Penyemaian semangat nenek moyang yang menerapkan amalan ”berjalai “ telah tertanam di dalam diri mereka untuk mendapatkan hasil yang berharga iaitu berjaya dalam pelajaran kerana harapan dan maruah keluarga adalah terletak pada tangan mereka. Namun secara jelasnya ada yang terus menetap di bandar dan tidak lagi mempunyai pemikiran yang Iban haruslah duduk di rumah panjang.[3] Ini menyebabkan ramai orang Iban terutamanya generasi muda zaman ini tidak ramai yang tinggal dalam rumah panjang. Mereka sudah berpecah ke merata tempat dan kawasan. Pekerjaan dan pendidikan adalah paling diutamakan. Pengaruh etnik Iban telah mengubah corak kehidupan rumah panjang dari tradisional ke konsep moden iaitu rumah teres. Pada zaman moden rumah teres dibangunkan di bandar dan penghuninya terdiri dari pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Melanau dan sebagainya’.[4] Malah ini menyebabkan ruang lingkup sosial masyarakat Iban yang mengalami proses urbanisasi menjadi lebih luas dengan bercampur dengan komuniti lain di kawasan bandar dan tidak hanya terhad di rumah panjang yang hanya terdiri daripada kelompok komuniti Iban sahaja.

          Persoalannya mengapakah kaum Iban dapat menerima perubahan budaya ini dan lari daripada budaya yang lama. Ini sudah tentulah disebabkan perubahan norma dan pegangan masyarakat semasa yang lebih dominan mengatasi amalan tradisi. Penyebaran agama Kristian telah bermula di Sarawak sejak zaman pemerintahan Rajah Brooke iaitu didahului dengan kemasukan Roman Katolik dengan pendakwahnya yang bernama Father Pereira[5] dan kemudiannya diikuti dengan Anglican dan juga Protestan yang lebih dominan di Bahagian Betong manakala Roman Katolik lebih dominan di sekitar bandar Kuching. Setelah itu, kemasukan aliran yang lain seperti Sidang Injil Borneo, Advant Hari Ketujuh dan juga Baptist turut merancakkan pengembangan agama Kristian terutamanya di kalangan masyarakat Iban yang secara majoritinya menganut fahaman tersbut. [6] Ini akhirnya mengubah sudut pandang universal tentang kehidupan dan juga tentang fahaman moden termasuk juga pendidikan barat yang mula diterima oleh masyarakat Iban. Antara Iban Kristian ini juga membuang terus fahaman tradisonal dan juga kepercayaan kepada Tuhan Adat dan pengamalan terhadap budaya juga dikikis sama sekali kerana ia bercanggah dengan ajaran agama.

          Ini ditambah oleh pengaruh urbanisasi yang mula mempengaruhi kehidupan masyarakat Iban.[7]Bagi mereka, ia adalah sesuatu berat untuk diamalkan terutamanya generasi baru yang tidak memahami adat dan budaya Iban dengan secara mendalam terutamanya dalam upacara miring yang begitu kompleks prosesnya dan juga banyak pantang larang yang diamalkan. Tambahan pula, hidup dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di bandar menyebabkan penghayatan kepada kebudayaan Iban yang sejati tidak dapat diamalkan.[8] Malah beberapa adat lain seperti amalan percaya kepada bunyi burung sebagai petanda atau petunjuk alamat juga tidak dapat dijalankan kerana kurang faham dan tidak mengenali burung yang dipercayai dalam amalan Iban tradisional. Atas alasan bahawa pengetahuan yang mendalam, maka ia dirasakan lebih elok untuk dibuang begitu sahaja dan pegangan kepada amalan Kristian yang lebih senang diamalkan dan moderat dengan kebudayaan semasa adalah menjadi pilihan.
          Walau bagaimanapun, tidak semua masyarakat Iban moden yang melupakan tentang perihal kebudayaan asal dan juga adat istiadat malah ada yang masih mengamalkannya juga. Ini merujuk kepada masyarakat Iban yang dominannya masih mendiami rumah panjang dan belum memeluk Kristian. Amalan seperti miring, upacara ritual dan juga perayaan kebanyakan masih dikekalkan kerana mereka percaya ia akan mempengaruhi kehidupan sehari harian da juga akan menimbulkan petanda yang kurang baik terhadap kehidupan masa depan mereka. Di samping itu juga, bagi sesetengah masyarakat Iban pada hari ini menerima agama kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.[9]

          Ini adalah berteraskan fahaman mendukung identiti dan warisan bangsa agar tidak melenyapkan sejarah bangsa Iban itu sendiri. Bukanlah halangan bagi mereka untuk menerima Kristian sebagai agama tetapi berpendapat bahawa adat dan budaya patut dipegang memandangkan ia adalah penting. Malah mereka juga menganggap Kristian adalah agama, tetapi budaya dan adat istiadat Iban adalah corak kehidupan masyarakat Iban kerana di situlah asal usul bermula sehinggalah melahirkan jurai keturunan pada hari ini. Hal ini turut ditegaskan aktivis adat asal dan kebudayaan Iban agar identiti kaum Iban perlulah dikekalkan di samping perubahan dalam arus pemodenan yang kian rancak di samping fahaman baru yang turut mempengaruhi corak pemikiran masyarakat Iban moden. [10] Tetapi zaman telah berubah, kini ramai anak-anak kaum Iban telah mempunyai pendidikan, mereka telah mempunyai pekerjaan yang lebih baik untuk menyara keluarga, mereka tidak lagi mengikut jejak orang tua mereka seperti masuk hutan, meghasilkan kraftangan, berhuma dan sebagainya. Tapi ada di antara mereka tetap mengikut adat mereka walapun zaman telah berubah.
          Antara budaya yang tidak diamalkan lagi pada masa kini ialah tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan di dalam arus pembangunan dan cara hidup yang lebih bersifat kemodenan, justeru itu perjumpaan si teruna dan dara dijalankan semasa maljlis keramaian, seperti gawai, pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi, atau di tempat kerja pasangan masing-masing.[11] Namun demikian ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan Iban, untuk mengelakan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk orang Iban sahaja,sekiranya terdapat pelanggaran adap atau campur tangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban, 1993.[12]

          Tetapi, menjelang zaman moden amalan ini mula dihapuskan secara beransur-ansur malah ia terhapus dengan sendirinya apabila ia dilihat bukanlah cara yang sesuai dengan norma kehidupan masyarakat Iban itu sendiri. Malah ia dianggap tabu dan juga boleh menjerumuskan kepada perlakuan sumbang mahram kerana dalam zaman moden, adat bukanlah keutamaan tetapi gaya hidup dan pengaruh persekitaran yang memainkan peranan.[13] Dalam hal ini seperti yang telah dinyatakan, kedudukan dan peranan wanita dalam masyarakat Iban mula diberikan perhatian dan ini jelas apabila Persatuan Wanita Dayak Iban Sarawak (SADIA) ditubuhkan. Malah beberapa tokoh wanita Iban yang terkenal seperti Tan Sri Tra Zender yang berperanan dalam Dayak Cultural Association dan juga Datuk Seri Empiang Jabu yang turut bergiat dalam bidang politik tanah air dan juga persatuan-persatuan yang melibatkan masyarakat Iban.

          Seterusnya dalam menentukan status dan juga kedudukan yang pada masa dulunya adalah ditentukan jumlah tajau dan juga kebolehan dalam ekspedisi perang. Pada masa ini, kekayaan bahan-bahan tersebut tidak lagi dianggap sebagai barang berharga dari generasi sekarang kecuali tanah adat mereka yang perlu dipertahankan sebagai warisan. Tanah adat ini telah dianggap sebagai milik yang berharga dan warisan oleh Iban dalam perkembangan pertanian komersial.[14] Dalam pada itu, hak-hak orang-orang Iban atas tanah tersebut telah menjadi subjek isu politik oleh para pemimpin pemerintah masa kini. Kekayaan material yang lain telah menjadi sekadar pusaka keluarga. Ini telah digantikan dengan taraf pendidikan yang boleh digunakan untuk menguruskan pengetahuan pertanian dan komersil serta suara untuk menyertai dalam pemerintahan dan pembangunan negara, untuk mencari pekerjaan di kawasan bandar yang lebih penting untuk generasi sekarang.

          Amalan memburu kepala yang menjadi perkara wajib dalam adat tradisonal Iban juga telah lama dihapuskan kerana ia dianggap tidak berperikemanusian dan barbarian. Tetapi konsep ini telah diubah kepada hidup moden yang berkuncikan kepada kesungguhan dan sifat tidak berputus asa. Ini akan merintis kejayaan mereka dalam bidang mereka sendiri dan hidup dan sifat yang dimiliki akan menentukan status mereka dalam komuniti mereka seperti nenek moyang terdahulu yang meneroka kawasan baru untuk petempatan dan juga aktiviti memburu kepala (ngayau). Itulah sebabnya Iban kontemporari akan selalu berusaha untuk meniru kejayaan nenek moyang mereka. Para Iban harus gigih, tajam, rajin dan sabar jika mereka berjaya menguasai cabaran hidup moden.[15] Ini akan menentukan maruah dan juga status mereka dalam masyarakat malah inilah tuntutan cabaran hidup yang perlu dipenuhi. Mereka harus meniru semangat perintis nenek moyang mereka, yang telah berjaya memenuhi matlamat mereka atau cita-cita dalam mencari tanah baru pada hari-hari merintis dan dan juga dalam amalan memburu kepala. Semangat yang sama mesti dijaga dan digunakan untuk menghadapi cabaran hidup moden.

 Perkembangan Dalam Perayaan Masyarakat Iban

Seiring dengan perubahan zaman yang menganjak ke arah ke pemodenan, maka cara dan pendekatan yang dilakukan oleh kaum Iban dalam mengadakan perayaan juga turut berubah. Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam perubahan yang dilakukan oleh masyarakat Iban ini. Dalam perkara ini, perubahan yang dilakukan telah mengubah landskap budaya itu sendiri kerana keaslian budaya tradisi telah berasmilasi dengan budaya baru yang datang menyerap ke dalam kehidupan masyarakat Iban.[16] Dalam perayaan dan festival tradisional yang dilangsungkan, sudah tertera dengan jelas bagaimana bentuk yang dimaksudkan tersebut.

           Namun yang demikian, ada juga segelintir daripada kumpulan masyarakat Iban yang sedaya upaya mempertahankan keaslian budaya tersebut khususnya sebahagian besar masyarakat Iban pedalaman dan tidak kurang juga orang Iban yang berpendidikan juga masih memegang kuat adat dan mengadakan festival dan perayaan mengikut adat tradisi kerana seperti yang sudah dijelaskan mereka masih patuh kepada pemikiran bahawa kaum Iban ini masih berpegang kuat kepada perkara yang spiritual dan juga roh alam ghaib sentiasa bersama mereka.[17] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemasukan budaya baru dan juga penyerapan agama luar khususnya Kristian dan juga sebilangan kecil yang menganut Islam telah mengikis tatacara yang diamalkan dalam menyambut perayaan dalam masyarakat Iban.

          Gawai besar yang diamalkan oleh masyarakat Iban seperti Gawai Antu telah mengalami banyak perubahan terutamanya dalam ritual dan juga pengisiannya. Dalam era pemodenan yang telah mula bercambah di Sarawak, kaum Iban lebih senang merayakannya dengan cara yang baru dengan alasan tidak bercanggah dengan ajaran Kristian. Manakala yang sudah menganut Islam sebilangan kecilnya tidak merayakannya kerana ia adalah tabu dalam pegangan mereka. Upacara seperti mengap (nyanyian ritual), ngirup jalong (tuak yang telah mengalami proses nyanyian ritual) dan nyungkup (menganyam) langsung tidak ada dalam pengisian tetapi digantikan dengan upacara menyalakan lilin di kuburan dan kerja membersihkan kubur dan juga paderi mengambil alih tempat untuk memimpin dalam ritual memperingati roh si mati dengan doa dan juga amalan Kristian.

          Pada malam perayaan, penghuni rumah panjang dan tetamu hanya dihidang dengan juadah dan minuman serta berhibur dengan hiburan kontemporari sehinggalah ke pagi keesokkannya. Kalau hendak diambil perbandingan, hanya segelintir kecil yang masih mengamalkan amalan sambutan Gawai Antu secara tradisi dan tidak dapat dipastikan sampai bila ia akan dapat dipertahankan. Bagi yang sudah beremigrasi ke kawasan bandar, perayaan ini langsung tidak disambut dan hanya pergi menziarahi kuburan ahli keluarga bila tibanya Krismas untuk sedekahkan doa dan mengingati si mati. Kekangan budaya terhadap cara hidup mungkin menjadi punca masyarakat Iban moden mengambil pendekatan membuang amalan yang kompleks dan mengambil yang masih relevan dalam mengadakan festival Gawai Antu.

          Sehubungan dengan itu juga, Gawai Pangkong Tiang dan juga Gawai Burong juga mengalami nasib yang sama seperti mana gawai Antu. Keasliannya tidak ada lagi dan banyak menyerap masuk budaya luar dalam pengisiannya. Motifnya bukanlah untuk semata-mata ritual untuk rumah panjang yang telah didirikan tetapi sebagai medan untuk menunjukkan status dengan kecantikan renovasi rumah panjang, jumlah tetamu yang dijemput, jumlah saudara mara dan juga hubungan dengan orang-orang kenamaan juga ditonjolkan di sini melalui jemputan.[18] Malah kuantiti hidangan yang disediakan di samping minuman keras yang mahal-mahal juga ditonjolkan semasa perayaan ini. Ini sekaligus mengangkat status dengan kekayaan yang cuba ditunjukkan. Malah persaingan di kalangan penghuni rumah panjang dalam menyediakan layanan yang terbaik adalah menjadi buah mulut dan segala kekurangan akan cuba diatasi agar tidak menjadi berita yang kurang manis.

          Gawai Burong yang suatu ketika dulu biasanya upacara individu kerana mendapat alamat daripada dewa menerusi mimpi dan juga untuk amalan ritual.[19] Biasanya ia adalah dilakukan oleh para pahlawan yang ternama dalam sesuatu kelompok masyarakat, tetapi pada masa kini peraturan ini telah diubahsuai di zaman moden dengan peranan askar diambil alih oleh orang-orang senior dan orang kenamaan yang dihormati semasa gawai Burong. Jika dilihat melaui aspek yang lain, perubahan dalam amalan ini adalah disebabkan golongan muda tidak menghayati kebudayaan lama yang tidak relevan dengan mereka dan budaya yang baru menjadi lebih dominan. Amalan ritual yang dilakukan semasa festival juga rumit dan ini menyebabkan mereka menolak perkara-perkara yang tidak difahami.

          Gawai Dayak yang merupakan perayaan tahunan masyarakat Iban untuk menandakan tamatnya musim menuai dan merupakan tahun baru dalam kalendar Iban mula disambut secara komersial dan ia dijadikan perayaan identiti bagi kaum Iban pada zaman moden ini. Setelah Tahun Melawat Malaysia dilancarkan menjelang tahun 1994, maka Gawai Dayak telah dipromosikan dan disambut di peringkat negeri untuk menjadi tatapan pelancong. Di Bandaraya Kuching, perayaan Gawai Dayak bermula seminggu sebelum ketibaan 1 Jun dengan perarakan di jalanan dan aktiviti budaya. Pada menjelang Gawai, sebuah pertandingan  kecantikan diadakan dengan beberapa penobatan Ratu Gawai (Kumang) dan juga Raja Gawai (Keling), bagi masyarakat Iban dan tidak ketinggalan juga bagi masyarakat Bidayuh dan Orang Ulu. Manakala di peringkat rumah panjang pula, hiburan moden telah menggantikan hiburan tradisional bagi memeriahkan perayaan ini dan juga amalan ritual yang seharusnya diamalkan kebanyakan dipinggirkan.

          Namun ada juga segelintirnya masih mengamalkan adat ini walaupun tidak sepenuhnya umpamanya seperti upacara miring dan ngalu petara (simbolik perarakan menyambut kedatangan Dewa) yang kadang-kadangnya terlepas dalam pengisian. Malah ritual yang lain juga sedikit demi sedikit terhakis kerana anggota masyarakat khususnya golongan tua makin berkurangan. Bagi masyarakat Iban di bandar pula, mereka meraikannya dengan makan sekeluarga dan berkunjung ke rumah kenalan yang lain dan unsur-unsur Kristian menggantikan unsur ritual seperti mana juga rumah panjang yang mengamalkan agama Kristian bagi menggantikan budaya tradisi.
 
Kesimpulan

Kebudayaan Iban yang unik ini ialah warisan turun temurun yang berkaitan rapat dengan amalan hidup masyarakat Iban awal. Sehubungan dengan itu juga, kebudayaan ini juga turut berkait rapat dengan kepercayaan tradisional masyarakat Iban kerana beberapa kebudayaan yang mengandungi unsur-unsur ritual yang yang berkaitan rapat dengan kepercayaan. Malah kebudayaan ini dilihat sebagai asas pembinaan ketamadunan Iban walaupun ia tidaklah menonjol namun tetap menarik perhatian untuk dikaji. Seperti dalam perayaan yang mempunyai unsur ritualnya sendiri, dalam upacara miring yang merupakan persembahan kepada Tuhan Adat sehinggakan ke dalam upacara ngayau, menyabung ayam dan juga tenunan yang mempunyai unsur-unsur ghaibnya yang tersendiri. Namun perubahan zaman secara tidak langsung telah menghakis amalan budaya tradisi masyarakat Iban kerana masyarakatnya perlu fleksibel dengan perubahan bagi menjamin kelangsungan hidup yang sungguh mencabar ini. Namun yang demikian, ia masih tidak pupus malah kebudayaan Iban ini masih dikekalkan walaupun secara asasnya ia tidaklah setulen kebudayaan Iban yang lama. Seharusnya kebudayaan adalah sesuatu yang sangat bernilai kerana ia adalah identiti dan juga sebagai warisan asal usul kewujudan satu-satu kaum ataupun bangsa. Tanpa budaya tradisi yang sejati, maka bangsa tersebut tidak akan tahu asal usul dan identiti mereka kelak.


[1] Kedit, Peter M., An Overview of Iban Traditional Cultural Values and Social Norms, and Their Implications for Contemporary Sarawak, Sarawak Museum Journal, (40),Kuching: Sarawak Museum, 1989, hlm. 1.

[2] Ibid,. hlm. 12.

[3] Kedit Peter M., Meanwhile, Back Home...Bejalai and Their Effects on Iban Men and Women, In Female          and Male in Borneo: Contributions and Challenges to Gender Studies…, hlm. 27.

[4] Ngui Sing Yee, Jaequeline, Perubahan Sosial di Kalangan Masyarakat Iban Rumah Panjang Nanga Ribong, Bahagian Daerah Sarikei, Negeri Sarawak, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Jabatan Sosio Budaya, Akademi Pengajian Melayu, 2000, hlm. 79.

[5] Wan Kamal Mujani & Noraizah Yusuf, Islam dan Missionary Di Sarawak: Kesan         Terhadap Pendidikan Pada Zaman Crown Colony, 1841-1941, Jurnal Sosiohumanika, Vol. 3. (2), 2010, hlm. 229.

[6] Ibid,. hlm. 231.

[7] Ngui Sing Yee, Jaequeline. op. cit., hlm 85.

[8] Kedit, Peter M.. op. cit., hlm. 7.

[9] Mohd. Taib Osman, Iban Cultural Heritage nn the Context of Present Day Malaysia, Sarawak Museum Journal, (40), Kuching: Sarawak Museum, 1989,  hlm. 18.

[10] Mohd. Taib Osman, op. cit., hlm. 19.

[11] Leigh, Michael, The Iban: Contemporary Issue and Dilemmas, Sarawak Museum Journal, (40), Kuching: Sarawak Museum, 1989,  hlm. 98.

[12] Adat Iban: Tusun Tunggu, Kuching: Jabatan Ketua Menteri (Majlis Adat Istiadat), 1993.

[13]Ko, Joseph Tee Hock, A Socioeconomic Study of the Iban Today, Sarawak Museum Journal, (40), Kuching: Sarawak Museum, 1989,  hlm. 83.

[14] Native Custom Rights (NCR) telah mula diwujudkan semenjak zaman Charles Brooke lagi bagi menjamin ketuanan peribumi Sarawak terjaga di samping migrasi besar-besaran buruh Cina pada masa itu.          Pringle, Robert, Rajah And The Rebels: The Iban Of Sarawak Under Brooke Rule (1841-194),          New York: MacMillan, 1970, hlm. 54.

[15] Ko, Joseph Tee Hock, op. cit., hlm. 83.

[16] Sultive, H. Vinson. op. cit., hlm 127.

[17] Leigh, Michael, op. cit., hlm. 99.
[18] Temuramah dengan Tunggay Anak Mula. Kesusasteraan dan Kebudayaan Iban, Kediaman beliau di Kuching, 7 Jun 2010.

[19] Temuramah Abang Anak Manjan, Kesusasteraan dan Kebudayaan Iban, Rumah Pengiran, Nanga Rebuh,      Pakan, 26  Mei 2010.

Wednesday 4 May 2011

Coming Of Iban Gods: Ritual and Ceremony


Coming Of Iban Gods: Ritual and Ceremony

By: Nicholas J. Ugik

1.   Basic ingredient for common piring.

  • Tobacco & wrapper (daun apong)·            
  • Betel nut set (pinang, sirih, kapu, gambir)
  • Cooked rice
  • Salt
  • Sweet rice (Asi manis)
  • Ketupat (glutinous rice packet cooked in palm leaves)
  • Glutinous rice – asi pulut (white, red, yellow & black colored glutinous rice cooked in a bamboo)
  • Rice cake – penganan iri
  • Rice flour and coconut powder – Sagun
  • Banana fruit (pisang)
  • Beras kuning
  • Letup or Rendai (puffed rice or pop rice)
  • Eggs – Telu manok
  • Telaga – a small cup contains rice wine (tuak)
  • Bulu manok: a feather of a fowl used during prayer (sampi) is plucked out and dipped in its blood when it is killed.
Miring (offering for Gods) at Nanga Mutok Longhouse, Layar, Betong,Sarawak (picture donated by Catherine Sundu Manggas)
Piring For Gawai Burong in honour of Sengalang Burong:

  • Pisang Jait (wild banana fruit),
  • Engkudu & trong fruits,
  • Lengki palm leaves & its shoot,
  • Banjang palm leaves & its shoot,
  • Batak shoots, flowers of buot, tepus, engkenyang and others planted on the padi field,
  • Smoked gerama crabs, kusing bats and fish with white scales.
  • Cook white, yellow and black glutinous rice
  • Fry penganan iri buns
  • Cook sungkui cake
  • Cook hard-boiled eggs
  • Cook ketupat rice
  • Fry popped rice (letup) and sago flour.

2.   Generally the purpose of making offerings are:

  • To give honor to Gods (Petara), Holy spirit (Orang Panggau & Bunsu Antu) and souls of our dead ancestors (Petara Aki-Ini) whom we invited to our various festivals.
  • To give thanks to Gods for their blessing and help.
  • To seek blessing, good fortune, good health, happiness, peace and harmony.
  • To make a wish (niat).
  • Seeking success in ventures (trading, headhunting, bejalai etc.)
  • Seeking forgiveness and protection from supernatural repercussion for human sins (incest, illegitimate pregnancy, wrong doings, bad dreams, bad omen, etc).
Ugik with Iban Bard (lemambang) for interview about Iban Oral History

3.   For who and when to make offering to?

  • Sengalang Burong – when preparing for war or major event like participating in election. Gawai Burong is usually held to honor him and to seek his blessing (Gawai Burong).
  • Raja Simpulang Gana – when dealing with farming related activities. (Gawai Umai and related gawai)
  • Raja Menjaya & Ini Inda - when asking for better health. (Gawai sakit & related activities e.g. bemanang).
  • Anda Mara – seeking good fortune and material wealth. (Gawai Pangkong Tiang)
  • Selampandai – when you seek blessing in your marriage, children growth or fertility. (During Gawai Melah Pinang)
  • Raja Semarugah – when seeking permission to use land for construction and other activities like agricultural activities. (when erecting the first pole).
  • Keling and orang Panggau – when seeking their help to go to war, election, defence from enemies, or when seeking their help to invite Gods to our festivals.
  • Bunsu Antu – as and when instructed in dreams.
  • Souls of our dead ancestors – when seeking their blessing and showing respect for their soul. Usually during gawai dayak and when visiting their graves.

Offering for Gods (piring).


4.   Procedures of Miring.

  • Prepare the piring ingredients (refer details in my weblog).
  • Bless those ingredients (biau piring as in my weblog).
  • Divide those ingredients into 3, 5, 7 or 9 plates (depending on who you want to invite or seek blessing from).
  • Recite your Sampi or prayer.
  • Place your piring in your living room (bilik), ruai (internal varendah), panggau (gallery), tanju (open air varendah), farm (during various stages of farming cycle), river bank (during baptism of your child) depending on the occasion. If it is placed at your home, cover it with pua kumbu. Leave it there for 3 nights or more, depending on the occasion.
  • If the God give favorable response in your dreams, give thanksgiving offering later.

having no social status. They are respected because they are closer to Gods and Holy spirits who protected them in their venture.

Note also that different region have different methods, procedures or styles. What I mentioned here is largely as practiced by Saribas and Kalaka Ibans for a simple or basic rituals.

Sunday 1 May 2011

Teknik Perang China Tradisional


Oleh: Nicholas J. Ugik

1.0 Pendahuluan   
Setiap tamadun manusia yang unggul mempunyai kekuatan pertahanan yang kuat dan efektif demi menjaga kelangsungan tamadun tersebut daripada ancaman luar dan dalam tamadun tersebut. Begitu juga dengan tamadun China yang telah bermula lebih kurang 3000 S. M di Lungshan apabila masyarakatnya mula menjalankan kegiatan pertanian dan membina satu komuniti di Lungshan.[1] Adalah mustahil untuk tamadun China mengekalkan keutuhan tamadunnya tanpa memiliki satu sistem pertahanan yang diwarisi dari dinasti ke dinasti. Walaupun dinasti telah bertukar ganti tetapi yang menjadi keunikan ialah pengekalan konsep ‘kecinaan’ di setiap dinasti tersebut. Begitu juga dengan sistem pertahanan dan karya-karya peperangan yang tetap menjadi rujukan walaupun dihasilkan dalam dinasti yang berbeza. Tamadun China mempunyai satu sistem pertahanan yang sistematik untuk mempertahankan dinastinya. Hampir kesemua dinasti dalam tamadun China diasaskan melalui kekuatan tentera kerana ia melibatkan peperangan yang agak besar untuk menggulingkan sebuah dinasti yang baru.
2.0 Teknik dan Sistem Ketenteraan  Dalam Tamadun China
Kemunculan tamadun China bermula dengan Dinasti Shang yang bertapak di Luyang iaitu di kawasan Sungai Kuning lebih kurang 3000 S. M. . Pada zaman awal, Raja Shang sentiasa berperang kerana beliau beranggapan perang sebagai kejadian yang menguntungkan raja dan negaranya. Kemenangan dalam peperangan menjadikannya kaya dan berkuasa. Kadang kala Raja Shang menawan musuhnya sebagai korban kepada dewa. Tentera Shang terdiri daripada tentera berjalan kaki dan berkereta kuda  yang menjadi asas pertahanan kerajaan Shang. Tentera berjalan kaki (infantri) berjalan di belakang pasukan berkereta kuda. Kereta kuda yang digunakan ditunggangi oleh dua orang iaitu seorang pemanah dan seorang pengendali kereta kuda sambil menggunakan lembing. [2]
          Pasukan infantri Shang lazimnya membawa bersama lembing dan pedang di medan peperangan. Pada mulanya lembing digunakan semasa melaku teknik rempuhan pada permulaan peperangan. Kemudian barulah pedang digunakan apabila jarak dengan pihak musuh semakin dekat. Tentera Shang biasanya memakai baju perisai dan peralatan perang yang diperbuat daripada gangsa. Ini disebabkan pengetahuan menggunakan gangsa yang tinggi pada zaman tersebut.
          Pada masa awal pemerintahan Shih Huang Ti, beliau telah mengarahkan askar mencari alat-alat perang di dalam setiap rumah. Semua alat itu dirampas dan dihantar ke ibu kota Siang Yang dan dileburkan menjadi loceng besar dan patung besi. Melalui cara itu Shih Huang Ti berharap rakyatnya atau wakil lindungan tidak akan melancarkan pemberontakan terhadap kerajaannya malah kerajaan pusat cuba menetapkan satu sistem monopoli dalam kuasa tentera. Tenaga buruh bagi tentera diperolehi dari sistem kerahan dalam berbagai-bagai daerah tentera yang dikatakan sebagai Chun. Apabila kerajaan Chin hendak mengerahkan askarnya, beliau mengambil golongan pemimpin tentera dalam Chun tersebut.
          Kerajaan pusat juga melantik pegawai sebagai pemimpin tentera bagi kempen peperangan. Dari segi taktik peperangan, Shih Huang Ti berperang menggunakan taktik orang Tartar (ganas),dan menggunakan tentera berkuda. Beliau juga telah mengumpulkan penjahat dan dijadikan askar dan dihantar berperang ke sempadan. Beliau juga telah membina rangkaian jalan tentera dan terusan untuk memudahkan pergerakan/serangan.
Bagi mempertahankan negerinya dari ancaman luar terutamanya orang Tartar/Monggol, Shih Huang Ti telah membina tembok yang dikenali sebagai Tembok Besar Negeri China. Tembok ini dibina dari tahun 228SM hingga 210SM yang merentasi bukit bukau dan lembah. Panjang tembok ini ialah 2250 batu dengan ketinggigan 15 kaki hingga 20 kaki. Tembok ini dibina lengkap dengan menara pengawal. Terdapat sebanyak 20,000 menara pengawal. Setiap satunya di tempatkan sepasukan tentera yang mengandungi 100 orang. Mereka mengawal dengan menggunakan panah. Di samping menara pengawal yang besar tadi, terdapat juga menara pengawal yang lebih kecil sebanyak 10,000 buah.[3]
          Selain daripada peranan tembok besak yang dapat mempertahankan wilayah Shih Huang Ti, penemuan serbuk letupan mula mendapat perhatian Shih Huang Ti apabila ahli kimia Taoist menjumpai  cara menggunakan bahan letupan. Waris beliau, Erh Shih telah memperbaharui pembuatan busur bersilang. Dalam Art of War, telah mencatatkan yang Erh Shih mempunyai seramai 50 000 orang tentera dalam pasukan pemanah.[4]
          Manakala dalam Dinasti Qin, inovasi telah berlaku dalam ketenteraan. Dapat dilihat dengan jelas dalam senjata peperangan iaitu penggunaan gangsa telah digantikan dengan penggunaan besi. Pedang besi yang mula digunakan telah mengadaptasikan cara pembuatan pedang dari puak nomad di utara China iaitu orang Mongolia. Selain daripada itu juga, pembuatan panah juga telah berubah iaitu penggunaan panah bersilang telah digunakan. Ini kerana ia lebih senang dan dapat digunakan dengan pantas. Ketepatan bidikan juga lebih baik daripada busur biasa. [5]

          Pada tahap ini juga, pasukan infantri dalam organisasi ketenteraan juga menjadi semakin penting. Ini disebabkan mereka lebih pantas bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi. Peranan pasukan infantri menjadi lebih penting apabila ia mula dilihat mampu memberikan sokongan kepada pasukan berkuda.[6] Inovasi juga turut berlaku dalam tentera berkuda. Penggunaan seluar panjang mula diperkenalkan. Ini lebih memudahkan pergerakan dan dapat menunggang kuda dalam keadaaan yang selesa.
          Dalam diansti Han, teknik ketenteraan juga menunjukkan pembaharuan apabila strategi ketenteraan telah diperbaharui. Jeneral Dinasti Han yang terkenal iaitu Li Ling telah menggunakan teknik baru dalam pasukan tenteranya. Ini berlaku semasa beliau menyekat kemaraan puak nomad dari utara. Pasukan tenteranya hanya berjumlah 5000 orang dan pasukan tentera nomad berjumlah 30000 orang. Untuk mematahkan kemaraan seranagan musuh terutamanya rempuhan pasukan berkuda, beliau telah membahagikan pasukan tenteranya kepada dua barisan. Barisan yang pertama bersedia menggunakan perisai dan lembing yang panjang. Manakala barisan kedua menggunakan panah untuk menembak tentera musuh.[7] Ini boleh dikatakan strategi pertahanan yang agak efektif kerana dalam membuat pertahanan telah dapat melancarkan serangan. Teknik ini juga telah dijumpai dalam tamadun Rom yang dinamakan unit phalanx.
          Maharaja Dinasti Han, Han Wu Ti juga telah mengambil berat kajian tentang serbuk letupan agar dapat digunakan dalam peperangan. Sehubungan dengan itu, teknik serangan menggunakan panah berapi mula diperkenalkan dalam ketenteraan Dinasti Han. Ini juga membawa kepada peningkatan dalam kajian serbuk letupan apabila bom saltpetre mula digunakan iaitu bahan yang mempunyai campuran sulfur dan belerang. Malah ia menjadi semakin hebat apabila dihasilkan dengan lebih banyak pada tahun 1221 M.[8]
          Kemajuan Dinasti Han dalam bidang letupan yang menyumbangkan inovasi dalam pasukan ketenteraan bukan setakat itu sahaja. Malah penggunaan bahan kimia dan racun juga telah digunakan. Falsafah Mo Ti juga menjelaskan pasukan tentera Han telah menggunakan bahan kimia dan semburan beracun dalam peperangan.[9] Dapat dijelaskan yang tamadun China purba menjadi pengasas kepada penggunaan bahan letupan dan juga bahan kimia.

          Zaman Tiga Negara (Three Kingdom) ialah period yang amat penting dalam sejarah China. Dalam tempoh ini, ketenteraan memainkan peranan yang amat penting terutamanya dalam mempertahankan wilayah masing-masing. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak pembahuruan dalam peralatan dan teknik ketenteraan. Antara tokoh ketenteraan yang terkenal dalam zaman ini ialah Ma Jun iaitu seorang Jeneral dari Negara Wei di bahagian utara China. Beliau telah mencipta sejenis jentera peperangan iaitu penembak batu. Alat  ini mampu memecahan kubu pihak lawan.[10]
          Perdana Menteri Wei, Cao Cao mempunyai angkatan tentera yang besar dan beliau telah menggabungkan kekuatan tentera lautnya dan tentera darat dalam ekspedisi menyerang Negara Wu di selatan. Pasukan tentera daratnya terdiri daripada infantri dan berkuda. Terdapat pembaharuan dalam tentera laut beliau yang menghilir Sungai Yang-Tze iaitu kapal-kapal boleh dicantum dan dipisahkan  untuk membentuk armada yang besar. Ini teknik ketenteraan yang baru dalam tamadun China.
          Seterusnya ialah ketenteraan dalam Negara Wu yang juga mempunyai pembaharuan.Dengan keadaan geografinya yang terletak di selatan dan sudah tentunya mahir dalam peperangan maritim dan tentera laut diberikan perhatian. Oleh itu Sun Quan juga telah membina kapal dan membentuk armada yang dapat memuatkan 10 000 tentera dalam sebuah armada tersebut.[11]
          Tokoh yang amat penting dalam zaman Tiga Negara ialah Perdana Menteri dan Strategis Negara Shu iaitu Zhuge Liang. Beliau telah membuat pembaharuan dalam busur bersilang iaitu boleh menembakkan 10 anak panah secara berturutan. Dengan dapat menjadikan serangan lebih berkesan dan cepat. Selain daripada itu juga, beliau bijak dalam merancang strategi pasukan tenteranya dan mengambil kira faktor bentuk muka bumi, cuaca dan keseimbangan dengan tentera musuh.
          Contohnya, beliau menggunakan teknik tortoise semasa menyekat kemaraan tentera Wei. Ia merupakan sejenis teknik yang membentuk aturan pasukan tentera yang menyamai garisan-garisan yang terdapat pada cengkerang kura-kura. Ia ialah teknik bertahan dan menyerang. Beliau juga turut memanfaatkan kedaan alam, bentuk muka bumi dan cuaca seperti arah tiupan angin untuk menggunakan serangan api dan kabus yang tebal untuk mengelirukan pihak musuh. Selain daripada itu juga, memecahkan musuh dari dalam amat penting dengan menghantar perisik. Melemahkan musuh dengan menghasut tentera musuh dan menyebarkan khabar angin adalah antara strategi yang digunakan oleh beliau.[12]
          Pada zaman Dinasti Tang, serbuk letupan juga telah digunakan iaitu hasil penemuan golongan Taoist. Ia telah digunakan secara meluas dalam peperangan dan satu teknik telah diciptakan iaitu Flying Fire. Teknik ini digunakan dalam mempertahankan kubu pertahanan dan juga dalam posisi menyerang. Seperti juga dinasti-dinasti yang terdahulu yang menjadikan kubu pertahanan elemen yang penting dalam ketenteraan, zaman Tang memperlihatkan kubu pertahanan yang memagari kawasan ataupun kota yang penting bagi golongan pemerintah yang mempunyai pos kawalan untuk para pengawal membuat tinjauan.[13]
          Dalam Dinasti Song, pembaharuan dalam teknik menggunakan letupan iaitu balistik telah digunakan untuk melontarkan api dan bahan letupan. Ia menjadi semakin tepat dan senang digunakan dalam jangka masa yang lebih cepat. Selain daripada itu juga, tentera yang berkapal telah dikembangkan lagi untuk menguasai Sungai Yang Tze. Menurut Temple, penggunaan bahan letupan telah digunakan tentera Song mempertahankan China daripada pencerobohan tentera Mongol dari utara namun Dinasti Song tetap gagal pada akhirnya dan Mongol telah membentuk Dinasti Yuan yang menguasai China antara tahun 1161 hingga 1234 M.[14]
          Penggunaan pasukan tentera laut yang besar-besaran telah dipertingkatkan pada zaman Dinasti Ming (1235-1644 M). Walaupun sebelum ini  telah ada penggunaan kapal namun ia hanya bertujuan untuk peringkat domestik dan hanya berperang di sungai utama China iaitu Sungai Hwang Ho dan Sungai Yang Tze. Tetapi dalam Dinasti Ming, tentera laut bukan sahaja di Sungai Hwang Ho dan Yang Tze tetapi telah meluas  sehingga Asia Tenggara dan Timur Tengah dan juga Afrika. Tokoh yang terpenting dalam perkara ini ialah Laksamana Cheng Ho.
           Inovasi dalam pembinaan kapal telah dapat  di lihat dengan lebih jelas apabila saiz kapal yang lebih besar, pembinaan lima tiang layar pada kapal dan juga prinsip sekatan dalam kapal telah dibuat untuk menngelakkan kapal tersebut daripada karam apabila bahagian lantai dasar kapal tersebut pecah. Kapal telah dilengkapi dengan tentera pemanah di samping tentera biasa dan juga bahagian  unit mariam yang digunakan semasa berperang di laut dan juga untuk kegiatan penaklukan.[15]
          Pemimpin tentera dalam tamadun China menggunakan beberapa teknik dalam pertahanan dan juga untuk menyerang. Antaranya ialah memusnahkan tempat berlindung di luar kota pertahanan seperti rumah, pokok dan rumpun buluh untuk persediaan pertahanan. Kawalan ke atas rakyat juga perlu dikenakan untuk mengelakkan mereka membantu pihak musuh. Dengan ini, sistem kad pengenalan telah digunakan dan larangan untuk keluar pada waktu malam. Selain itu, bekalan makanan juga disimpan dalam jumlah yang difikirkan mencukupi untuk kegunaan semasa perang. Dalam sesebuah bandar dikehendaki menyimpan sekurang-kurangnya 20 000 bushels gandum dan kekacang.[16]

3.0 Pemikir Ketenteraan Dalam Tamadun China
Tamadun China telah melahirkan ramai pemikir ketenteraan lantaran keadaan yang anarki dan berperang. Karya- karya mereka telah menjadi rujukan oleh pemimpin ketenteraan China dalam meluaskan wilayah dan juga mempertahankan kekuasaan negara masing- masing. Bukan sahaja menjadi rujukan sezaman tetapi ada di antara karya pemikir ketenteraan ini telah digunakan dalam zaman selepas berakhirnya zaman dinasti di China.
          Pada tahap pertama ialah kaedah ketenteraan yang menjadi rujukan dalam ketenteraan China ialah Kaedah Ssu Ma Fa yang bermaksud Kaedah Peperangan yang membincangkan tentang undang-undang, nilai-nilai asas dan strategi.
           Seterusnya ialah Karya Sun Tzu yang cukup terkenal  di kalangan pemimpin ketenteraan China sebagai bahan rujukan. Beliau telah menyarankan beberapa perkara yang perlu dalam sebuah organisasi tentera untuk tujuan pertahanan dan juga menyerang pihak musuh. Antara fikiran beliau ialah
(i) Strategi Anggaran :
  • Beliau menyarankan para pemerintah melakukan kajian yang teliti sebelum melancarkan peperangan. Lima perkara harus di pertimbangkan  dalam sesuatu peperangan iaitu alasan moral, bentuk muka bumi, iklim, kepimpinan dan pengendalian peperangan.
(ii) Melancarkan Peperangan :
  • Seorang panglima tentera harus memastikan kemenangan dicapai dalam masa yang singkat.
(iii) Strategi Menyerang :
  • Seseorang pakar harus mengatur strategi untuk melawan musuh tanpa peperangan berlarutan. Panglima perang harus mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan musuh. Kekalahan berlaku jika ada tiga kesilapan iaitu jahil dalam ilmu peperangan, urusan pentadbiran ketenteraan dan mengarah tentera mara ke hadapan atau berundur apabila tidak patut berbuat demikian.
(iv) Strategi Serangan Menggunakan Api :
  • Strategi ini hanya digunakan dalam keadaan terdesak.
(v) Strategi Menggunakan Tali Barut :
  • Musuh dilemahkan dengan menggunakan ejen-ejen perisik.[17]
              Pada tahap kedua ialah teknik Wu Tzu. Beliau membincangkan teknik ketenteraan dalam enam bab yang menumpukan tentang perbincangan yang kritikal hal-ehwal ketenteraan seperti perancangan untuk negara, menilai musuh, mengawal tentera, tindak balas kepada perubahan dan merangsangkan kepada pegawai.[18]
              Pada tahap yang ketiga dalam Tamadun China terdapat tiga orang pemikir yang membincangkan teknik ketenteraan. Pertama ialah Wei Liao Tzu yang merupakan seorang strategis dan pemerhati yang cekap menyedari bahawa dengan mengintergrasikan rakyat awam dan tentera maka sesebuah negara akan dapat bertahan dalam keadaan yang aman dan tidak berlaku huru hara. Seterusnya ialah Pegawai T’ai Kung yang menghasilkan Enam Rahsia Pengajaran T’ai Kung. Pemikiran beliau ini ialah ajaran taktikal dan nasihat-nasihat politik kepada raja-raja Wen dan Wu dari Dinasti Chou yang direkodkan. Antara lain pemikir dalam tahap ketiga ini ialah Huang Shih-Kung yang mengutarakan Tiga Strategi Huang Shih-Kung. Buku ini menfokuskan kepada pentadbiran kerajaan dan ketenteraan dan kawalan. Teks ini juga membincangkan kepada konsep kerajaan, penyatuan rakyat, ciri-ciri seorang jeneral yang berkebolehan, kaedah untuk mencipta asas kehidupan kebendaan, motivasi untuk tentera, perlaksanaan ganjaran dan hukuman, cara-cara memelihara kesetiaan kepada raja dan keperluan untuk menseimbangkan antara kehidupan orang senang dan juga susah. Ia tidak membincangkan tentang kempen strategi dan taktik peperangan.
     Tahap yang terakhir iaitu keempat memperlihatkan Soal Jawab Antara T’ang T’ai Sung dengan Li Wei-Kung yang membincangkan tentang strategi-strategi yang telah diuji dan digunakan dalam pertempuran-pertempuran yang kritikal dan bukan haya konsep-konsep yang bersifat teori. Secara keseluruhannya ialah ringkasan dan rumusan perbincangan tentang tiga tahap yang terdahulu.[19]
 4.0 Kesimpulan
Ringkasnya ketenteraan di China telah dirancang secara sistematik memandangkan ia adalah elemen yang sangat penting untuk kelangsungan sesebuah tamadun. Pelbagai strategi dan taktik yang diasaskan dan juga diperbaharui melalui inovasi yang tinggi. Sistem tentera juga telah disusun dan wujudnya organisasi ketenteraan bagi memudahkan kawalan dan perancangan strategi yang lebih teratur. Para  pemikir tentera yang wujud semasa berlangsungnya tamadun China memperlihatkan betapa pentingnya organisasi tentera pada ketika itu. Para pemikir yang mengeluarkan idea sebagai rujukan kepada ketenteraan China dan menjadi rujukan pada zaman selepasnya. Dapat dirumuskan yang Tamadun China adalah unggul sebagai mana tamadun –tamadun awal yang lain.
    
SENARAI RUJUKAN:

Bozan Jian et.al., 1986. A Consist History of China. Foreign Language Press

Ebrey Buckley Patricia, 1996. The Cambridge Illustrated History of  China. London:     Cambridge University Press

Gernet Jaques, 1996. A History of Chienese Civillization, Second Edition. London:       Cambridge University Press

Loke Cheng Hoe, 2000. Tamadun China: Corak, Pemikiran, Sains dan Kesusasteraan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Lourette Scott, 2000. The Chinese: Their History and Culture. New York:         Longman

  Morton Scott W., 1995. China: Its History and Culture, Third Edition. McGraw-Hill

Sivachandralingam Sundra Raja & Ayadurai Letchumanan, 2005. Tamadun Dunia, Edisi Semakan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti

Temple Robert, 1995. The Genius of China: 3000 Years of Science and Invention. McGraw Hill Press

Suffian Mansur , 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

         



           



[1] Morton Scott W., 1995. China: Its History and Culture, Third Edition. McGraw-Hill, hlm 15
[2] Ebrey Buckley Patricia, 1996. The Cambridge Illustrated History of  China. London: Cambridge University Press, hlm 24
[3] Gernet Jaques, 1996. A History of Chienese Civillization, Second Edition. London: Cambridge University Press,106
[4] Suffian Mansur , 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 114
[5] Morton, op.cit, hlm 26
[6] Gernet, op.cit, hlm 66
[7] Morton, op.cit , hlm 56
[8] Suffian, op.cit , hlm 114
[9] Lourette Scott, 2000. The Chinese: Their History and Culture. New York: Longman, hlm 132
[10]  Bozan Jian et.al., 1986. A Consist History of China. Foreign Language Press, hlm 34
[11] Ibid, 35
[12] Ibid,35-36
[13] Gernet, op.cit, hlm 310
[14] Temple Robert, 1995. The Genius of China: 3000 Years of Science and Invention. McGraw Hill Press, hlm 246
[15] Loke Cheng Hoe, 2000. Tamadun China: Corak, Pemikiran, Sains dan Kesusasteraan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm 27
[16] Sivachandralingam Sundra Raja & Ayadurai Letchumanan, op.cit, hlm 250
[17] Sivachandralingam Sundra Raja & Ayadurai Letchumanan, op.cit, hlm 272
[18] Ibid, hlm 273
[19] Ibid, hlm 274