PENGENALAN
Zaman kolonialisme adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan bagi golongan yang terjajah dan konsep kebebasannya adalah dalam konteks pada orang putih atau 'white man' sahaja. Pengeksploitasian yang berlaku hanya menguntungkan pihak kolonial manakala bagi masyarakat setempat pula, ia terus di takuk lama malah kekuasaan orang-orang tempatan makin kurang dan seterusnya akan terhapus. Pengenalan satu sistem ekonomi baru seperti sistem ekonomi kapitalis terus 'mencerut' masyarakat tempatan kerana mereka kekurangan dari pelbagai segi seperti kekurangan modal. Jadi, golongan seperti pelabur-pelabur Barat serta Cina berkuasa dalam mengaut hasil kekayaan bumi Melayu manakala orang-orang Melayu masih dengan ekonomi tradisionalnya seperti mengeluarkan tanaman makanan seperti padi dan ini secara tidak langsung telah memundurkan serta menjauhkan lagi orang Melayu dari arus pembangunan yang makin rancak berjalan pada masa itu. Orang Melayu terus terperangkap dalam 'kapsul masa' serta terpinggir manakala pihak kolonial serta kaum lain terus menikmati kekayaan yang diperolehinya.
Sesungguhnya, rancangan British ini telah berjaya dalam mengekalkan orang Melayu dalam masyarakat tradisionalnya di mana menumpukan taat setianya kepada Sultan serta tidak engkar atas segala kata putus yang dibuat oleh Sultan manakala golongan Sultan dan pembesar telah diberi elaun dan ganjaran-ganjaran yang lumayan serta kedudukan yang selesa. Sikap raja dan pembesar-pembesar ini seterusnya telah dikritik oleh Zaaba dengan berkata; (Orang patut-patut kaya-kaya, besar-besar, bujak-bijak) kita duduk bersenang-senang diri masing-masing dalam mahligainya dengan sentosa dan cukup puas hati pula, datang rasa hatinya dan sampai hatinya memandang anak-anak bangsa bergelumang dengan kehinaan dan kejatuhan kepada saf-saf yang jauh di belakang kaum penumpang negeri.
Kritikan Zaaba ini sangat sinis kerana mendapati golongan ini langsung tidak menunjukkan minat atau sedikit simpati dalam membantu memajukan pendidikan Melayu. Malah beliau berharap akan penglibatan aktif mereka bukan sahaja akan memajukan pendidikan tetapi juga menjadi pelindung dalam kata erti yang sebenar.
Kritikan Zaaba ini sangat sinis kerana mendapati golongan ini langsung tidak menunjukkan minat atau sedikit simpati dalam membantu memajukan pendidikan Melayu. Malah beliau berharap akan penglibatan aktif mereka bukan sahaja akan memajukan pendidikan tetapi juga menjadi pelindung dalam kata erti yang sebenar.
Dalam keadaan inilah penting bagi kita melihat reaksi masyarakat tempatan terhadap pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu dalam tahun 1900 hingga 1957 dan melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku yang boleh membangkitkan reaksi orang-orang Melayu. Namun yang penting ialah terpinggir dari pembangunan ekonomi, politik dan sosial merupakan penyebab yang membawa kepada bangkitnya reaksi masyarakat tempatan ini.
Pada tahun 1900, General W.H Treacher, sebagai seorang yang bertanggungjawab ke atas kegiatan pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu pernah menyindir dengan kata-katanya bahawa orang Melayu telah diberikan segala-galanya yang mungkin; keselamatan, sistem hubungan, perkhidmatan kesihatan, pelajaran dan lain-lain lagi. Maka satu rungutan yang boleh mereka lakukan ialah British tidak memaksa mereka 'bekerja kuat'. Kata-kata ini mungkin mudah diterima oleh pembaca kebanyakan dan begitu juga dengan pengkaji sejarah sendiri memandangkan kejayaan pihak British ini dalam mewujudkan jentera pentadbiran baru yang luas dan sistematik seiring dengan pembinaan struktur ekonomi yang berkesan. Namun, satu penganalisaan yang rasional yang juga berdasarkan fakta-fakta sejarah sezaman akan memaparkan hakikat kepalsuan yang terdapat dan ia diselindungi oleh sifat 'murah hati' kolonial ini. British banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di Tanah Melayu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga'. Contohnya dalam ekonomi pertanian seperti padi. Akibat kurang mendapat sambutan dari petani kerana sistem pengairan yang buruk meyebabkan British mengambil langkah-langkah bagi mengatasinya.
Antaranya memperbaiki pengeluaran makanan seperti memperbaiki sistem pengairan, bantuan benih yang lebih baik, bantuan pinjaman kewangan dengan mengikat jamin, pegecualian dari cukai dan sebagainya. Dilihat di sini pengeluaran hasil makanan seperti padi yang melibatkan orang Melayu tanpa melibatkan kaum-kaum lain membawa maksud British sendiri yang mahu menghalang atau menyekat orang-orang Melayu daripada menceburi bidang ekonomi komersial yang lebih menguntungkan. Segala usaha yang dilakukan oleh British ini jika dinilai dalam konteks masyarakat Melayu amnya, ternyata bahawa dakwaan bangga yang dibuat oleh W.H Treacher pada tahun 1900 begitu menyimpang dari kebenaran sejarah. Pada hakikatnya, kemajuan yang terdapat dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, dan perkhidmatan kesihatan adalah telah dilaksanakan dalam rangka persediaan akan kemasukan penanaman modal Eropah yang dijangka akan bertambah pesat dalam dekad terawal abad-20. Dasarnya, pemerintahan kolonal ini memandang pelajaran sebagai masalah pentadbiran dan bukan masalah pelajaran. Selaras dengan sikap ini kemudahan pelajaran yang disediakan telah dirangka secara sedar untuk memenuhi kehendak-kehendak tenaga kakitangan di peringkat kerajaan dan gedung-gedung peniagaan Eropah yang akan berkembang pesat itu.
Inilah antara penyebabnya yang menimbulkan reaksi dari masyararakat tempatan kerana mereka menjadi terpinggir dari segi pembangunan ekonomi dan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang lain. Masyarakat Melayu ini terperangkap dalam kapsul masa yang memang telah dirancang oleh British agar ia kekal dalam keadaan asalnya tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada kolonial British. Orang Melayu masih mengekalkan sistem sosial tradisi iaitu Raja adalah segalanya dan perlu patuh kepada kata-katanya. Awal abad 20 juga memperlihatkan pergerakan reformis Islam mula menyerap dalam Tanah Melayu. Syeikh Al-Hadi kembali dari Cairo pada tahun 1904 dan telah menerbitkan al-Imam pada tahun 1906. Ia merupakan akhbar Melayu pertama yang mengandungi idea-idea perubahan sosial dan elemen-elemen politik. Pemikiran orang-orang Melayu mula berkembang dan mula melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka. Malah muncul golongan yang kemudiannya bangun secara terang-terangan dan menulis secara berani serta mengkritik pihak Raja dan pembesar-pembesar yang lebih mementingkan diri berbanding kepentingan masyarakat.
Kemenangan Islam di masa lepas telah memberi sumber inspirasi kepada masyarakat Melayu ini dan memberi keyakinan baru dalam memasukkan diri mereka dalam orde pembangunan baru. Selain akhbar al-Imam, terdapat beberapa lagi akhbar seperti Neracha, Warta Malaya, Al-Ikhwan, Saudara dan lain-lain.Namun, akhbar yang paling bernilai ialah akhbar yang diterbitkan di luar Tanah Melayu khususnya di Cairo dan Beirut seperti Seruan Azhar, Semangat Islam dan Pilihan Timur dan ia telah diterbitkan dan dikeluarkan oleh pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia di Universiti Al-Azhar. Ini disebabkan akhbar yang dicetak di luar Tanah Melayu bebas dari kawalan kerajaan. Masyarakat mulai sedar dengan tersebarnya akhbar-akhbar ini dalam melihat terpinggirnya mereka berbanding kaum lain. Namun amat sukar untuk masyarakat ini berkembang seiring dengan kaum-kaum lain kerana kekurangan modal khususnya menghalang mereka dari sama-sama bergiat dalam ekonomi komersial dan ditambah pula kediaman mereka jauh di kawasan pedalaman dan tanah yang ada di tangan mereka hanya sesuai untuk mengeluarkan hasil tanaman makanan. Begitu juga dengan pelajaran.
Di sini Zaaba telah mengemukakan satru pandangan kritis terhadap apa yang berlaku. Contoh yang jelas dikemukakan oleh Zaaba ialah tentang kelahiran 'tamadun' baru yang diakibatkan oleh pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang Melayu telah disifatkan oleh Zaaba sebagai berterusan berada "jauh dari suara loceng" iaitu kekal dalam alam sekitar tradisi dan terpisah dan ternafi daripada menikmati sebarang pembangunan ekonomi kolonial di Tanah Melayu. Rasa taat setia rakyat terhadap Raja-raja Melayu juga sentiasa dipupuk supaya taraf sosial mereka sentiasa tinggi. British berusaha menanam bibit-bibit taat setia rakyat terhadap Raja-raja ini melalui sistem pendidikan. Contohnya dari segi penggunaan buku-buku teks di sekolah Melayu yang terdiri daripada hikayat-hikayat Melayu lama Hikayat Hang Tuah, Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Pembacaan ini banyak memaparkan tentang perkara-perkara ajaib dan Zaaba sendiri merasakan yang penggunaan buku-buku ini tidak akan meningkatkan minda dan pengetahuan anak-anak ini yang bersuaian dengan zaman ini. Kesedaran Zaaba inilah yang menyebabkan beliau menuduh kerajaan kolonial British sebagai berusaha dengan secara sedar menanamkan bibit-bibit jiwa abdi kepada anak Melayu setelah tamat pendidikan mereka. Ini dipercayai akan menghalang kepada timbulnya kesedaran untuk bersatu dan menuntut hak untuk membebaskan tanah air mereka dan terus berasa redha walaupun bangsa mereka berterusan dijajah.
Sikap Zaaba dalam melihat kepada anti-kolonial British ternyata dapat dilihat dari segi penglibatan dirinya secara serius di dalam penulisan rencana untuk siaran di dalam akhbar-akhbar tempatan pada tahun 1917 lagi. Pihak kolonial sendiri telah menyedari akan hakikat tersebut malah pada tahun 1921, beliau telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Ini termasuk amaran lisan oleh Raja Sir Chulan dan beliau telah dituduh cuba menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisannya yang bersifat anti-kerajaan. Raja Sir Chulan mengatakan ;
Mika (kamu) khabarnya selalu menulis di dalam surat khabar terutama di dalam surat khabar Melayu mengata-ngata kerajaan buat tak patut begini-begini… Ini saya ingatkan, kalau awak selalu buat begitu, esok nanti kerajaan pandang tak betul sama awak. Tidak dapat naik gaji, tidak dapat jawatan. Barang kali dibuang terus.
Tahun-tahun 1920-an dan 1930-an merupakan zaman bangkitnya aktiviti-aktiviti nasionalis dan merupakan zaman radikal.Program anti kolonial dan anti-feudal yang dilancarkan oleh Partai Nasional Indonesia di bawah Sukarno ysng telah dibentuk pada tahun 1927 menjadi satu dorongan atau pegangan bagi golongan berpendidikan di Tanah Melayu pada masa itu.
Tahun 1931, terdapat 2 jenis saluran dalam perkembangan politik orang-orang Melayu. Satunya adalah sayap kanan yang dipelopori oleh yang berpendidikan Inggeris pertengahan dan atasan di mana ideologinya berdasarkan 'Malaya for the Malays'. Bagi golongan kiri, ia dipelopori oleh Ibrahim Yaakob. Idea ini disokong oleh kumpulan kapitalis feudal iaitu 1 kumpulan yang melihat kepada kepentingan Raja-raja dan golongan intelek.. Golongan ini merasakan terdapatnya saingan yang sengit dan penindasan dari golongan kolonis-kolonis dan borgeois asing yang lain.Selain itu, kumpulan ini juga menganjurkan satu permintaan untuk kebebasan kepada 'semua masyarakat Malaya yang ditindas.' Kumpulan ini juga bertujuan untuk menyatukan semua orang Melayu dan Indonesia di Kepulauan ini dan ia dikatakan sebagai asas kepada Bangsa Melayu.
Tahun 1931, terdapat 2 jenis saluran dalam perkembangan politik orang-orang Melayu. Satunya adalah sayap kanan yang dipelopori oleh yang berpendidikan Inggeris pertengahan dan atasan di mana ideologinya berdasarkan 'Malaya for the Malays'. Bagi golongan kiri, ia dipelopori oleh Ibrahim Yaakob. Idea ini disokong oleh kumpulan kapitalis feudal iaitu 1 kumpulan yang melihat kepada kepentingan Raja-raja dan golongan intelek.. Golongan ini merasakan terdapatnya saingan yang sengit dan penindasan dari golongan kolonis-kolonis dan borgeois asing yang lain.Selain itu, kumpulan ini juga menganjurkan satu permintaan untuk kebebasan kepada 'semua masyarakat Malaya yang ditindas.' Kumpulan ini juga bertujuan untuk menyatukan semua orang Melayu dan Indonesia di Kepulauan ini dan ia dikatakan sebagai asas kepada Bangsa Melayu.
Ibrahim Yaakob, meninggalkan Maktab Perguruan Tanjung Malim dalam tahun 1931 telah melibatkan diri dengan idea-idea politik. Penulisannya lebih memfokuskan kepada anti-kolonial secara umum dan anti-British khususnya. Beliau berkongsi pandangan dengan rakan seperjuangan seperti Ishak Haji Mohamad (iaitu seorang yang percaya bahawa British adalah bangsa yang tamak. Beliau mengecam Sultan dan ketua-ketua Melayu kerana membenarkan diri mereka di bawah berada di bawah pegawai-pegawai British di Tanah Melayu.) Bagi Ishak Haji Mohamad dan Ibrahim Yaakob, 'perlindungan' yang diberikan oleh kerajaan British ke atas Tanah Melayu hanyalah sebagai mencuci mata untuk melindungi niat sebenarnya iaitu untuk mengekploitasi kekayaan tanah ini. Ketua-ketua orang Melayu dan pemerintah Melayu telah diberi rasuah dengan pencen yang besar dan istana yang cantik, sementara orang-orang Melayu yang berpendidikan sibuk dengan rancangan bersama pegawai-pegawai British untuk mendapatkan tempat yang baik dalam perkhidmatan kerajaan. Bagi kedua-dua tokoh ini, secara keseluruhannya kerajaan Britain tidak mempunyai sifat jujur. Walaupun polisi desentralisasi oleh Sir Cecil Clementi dalam tahun 1931 telah dibentuk oleh mereka, ia hanyalah sebagai salah satu percubaan Britain untuk "malayanise" orang-orang Melayu supaya golongan ini akan hilang semangat dalam mempertahankan hak dan keistimewaan mereka. Malah Ishak Haji Mohamad juga telah menulis beberapa novel politik berbentuk sindiran dalam tahun 1937 dan 1938 yang mengecam kuat birokrasi British serta aristokrat Melayu. Akhirnya novel ini telah diharamkan oleh British.
Reaksi orang Melayu amat menonjol ketika Malayan Union telah diumumkan. Pada masa ini dilihat adanya penyatuan bagi semua pihak. Jika sebelumnya, semua pihak hanya berjuang mengikut negeri dan hanya memperjuangkan kepentingan mereka tapi dalam kes ini semua persatuan-persatuan negeri telah bergabung dan menunjukkan penentangan yang sama iaitu menentang Malayan Union. Akhbar banyak memainkan peranan penting dalam penyatuan ini kerana pada masa ini, walaupun usaha penentangan mereka hebat tapi usaha mereka tidak padu. Contohnya, pada tahun 20 November 1945, 8 buah persatuan Melayu Johor telah bergabung menjadi Liga Melayu Johor. Pada 3 Januari 1946 pula, Gerakan Melayu Semenanjung telah ditubuhkan di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar. Pada tahun 1946, orang Melayu berusaha gigih untuk menghidupkan semula persatuan-persatuan lama dan menubuhkan persatuan baru untuk untuk menentang Malayan Union. Dua perkara yang ditentang oleh orang Melayu ialah penghapusan kedaulatan Sultan Melayu dan pemberian hak kerakyatan melalui prinsip 'jus soli'.
Kemarahan orang Melayu timbul kepada Raja-raja Melayu timbul kerana kurang teliti lalu menerima Malayan Union. Perasaan marah ini dapat dilihat melalui tulisan-tulisan mereka dalam akhbar dan ada yang telah menyuarakan kecamannya dalam bentuk syair seperti berikut;
Ampun Tuanku Duli Mahkota
Fikirlah kepada rakyat jelata
Teliti diperbaharui elok sekata
Supaya tidak putih mata
Fikirlah kepada rakyat jelata
Teliti diperbaharui elok sekata
Supaya tidak putih mata
Jika lebih memandang dunia
Rakyat kelak teraniaya
Tuanku semayam di atas bahaya
Hilang kelak taat setia
Rakyat kelak teraniaya
Tuanku semayam di atas bahaya
Hilang kelak taat setia
Bermula dari pengumuman Malayan Union yang membawa kepada keberanian semua pihak bangkit menentangnya. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pula dibentuk pada tahun 1948. Di sini, pertumbuhan parti mulai wujud dan kesedaran politik makin kuat. Dapat juga dilihat di sini walaupun pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dinyatakan oleh British sebagai memberi persediaan kepada masyarakat tempatan mentadbir sendiri negara mereka tetapi British masih lagi cuba melumpuhkan aktiviti-aktiviti gerakan anti-British pada masa tersebut.
Contohnya, Pertubuhan Parti Muslimin atau Hizbul Muslimin dalam memperjuangkan kemerdekaan bangsa Melayu. Dasar mereka ialah memperjuangkan kemerdekaan bangsa melayu yang berdaulat, mencipta masyarakat Melayu berasaskan Islam dan mewujudkan Tanah Melayu Darul Islam. Pemimpinnya iaitu Ustaz Abu Bakar al-Bakir telah ditangkap oleh British dalam usaha menghapuskan gerakan anti penjajahan. Reaksi masyarakat tempatan terhadap pemeritahan kolonial British ini jelas di sini dapat dilihat terutamanya selepas tahun 1920-an dan 1930-an yang seterusnya membawa kepada kemunculan idea untuk memerintah sendiri Tanah Melayu dalam tahun 1940-an dan seterusnya dalam tahun 1957 telah mencapai kemerdekaan. Namun, reaksi masyarakat Melayu juga turut dilihat dalam masalah perkauman kerana berlakunya pemberontakan Parti Komunis Malaya. Dasar yang diamalkan oleh kolonial British dalam pentadbirannya telah menyebabkan kaum-kaum di Tanah Melayu tidak bersatu dan tidak seimbang. Contohnya, kaum Cina tinggal di bandar dan mendapat segala kemudahan yang disediakan oleh British manakala masyarakat Melayu terus terpinggir. Perbezaan taraf ekonomi yang tinggi antara kedua-dua kaum turut menimbulkan rasa tidak senang hati antara satu sama lain.Contohnya dalam tempoh keganasan komunis 1945-1946, pernah berlaku pergaduhan kaum di Batu Pahat, sungai Manik dan Bekor. British pula cuba menunjukkan kebaikannya dengan menjadi penyelesaian kepada masalah ini padahal pihak kolonial inilah yang mewujudkan keadaan ini sama ia sedar atau tidak.
Dalam awal kurun 20-an didapati yang banyak berlaku perubahan dalam jiwa masyarakat Melayu. Orang-orang Melayu mulai sedar yanag tanah mereka sedang dieksploitasi oleh kolonial dan mereka pula terpinggir dalam bersama-sama menikmati keuntungan. Akibat masih berpegang kuat kepada kehidupan tradisionalnya menyebabkan golongan ini tersisih. Ditambah pula Raja-raja Melayu serta pembesar-pembesarnya telah diberikan kedudukan selesa dengan elaun dan pencen masing-masing. Mereka telah diserapkan ke dalam sistem birokrasi kolonial yang akhirnya kekuasaan mereka adalah terhad. Malah Raja Melayu hanya berkuasa dalam adat dan istiadat Melayu sahaja manakala pentadbiran dan politiknya akan diuruskan oleh British.Ini sengaja dirancang oleh British bagi membolehkan masyarakat Melayu tetap dengan kehidupan tradisionalnya dengan Raja sebagai tempat menumpah taat setianya. Akibatnya, masyarakat Melayu telah ketinggalan dalam kebanyakan aspek pembangunan di Tanah Melayu khususnya dalam ekonomi dan pendidikan yang mana semua lebih tertumpu di bandar. Kemudahan dalam mendapatkan pelajaran Inggeris adalah sukar kerana kerana masyararakat Melayu yang banyak tinggal di luar bandar. Mereka bukan sahaja terpaksa menghadapi dan mengatasi prasangka sosio-agama yang negatif tetapi juga masalah dari segi pengangkutan dan kenderaan yang sukar diperolehi. Malay College Kuala Kangsar (sebelumnya dikenali Anglo Malay School ) hanya mengeluarkan bilangan birokrat Melayu yang sangat sedikit berbanding dengan kehendak-kehendak tenaga manusia dalam pentadbiran.
Penentangan Orang melayu bermula dari zaman Tok Janggut, Dato' Maharajalela pada peringkat awalnya menampakkan penerusan sepanjang pemerintahan kolonial British. Di sini, berdasarkan pendapat peribadi saya, tidak keterlaluan jika dikatakan yang sesetengah penentangan yang dilakukan adalah kerana kepentingan individu khususnya dan umum amnya. Contohnya, dilihat dari penentangan yang dilakukan oleh Dato'Maharajalela. Dato' Maharajalela bangun menentang British apabila hak mengutip cukai yang sebelumnya dikendalikan olehnya telah diambil alih oleh British. Begitu juga dengan Raja-raja Melayu dan pembesar lainnya. Apabila Raja Melayu merasakan kedudukannya tergugat, dia menggunakan 'daulat'nya dalam membolehkan 'rakyat' memperjuangkan haknya.Jadi, reaksi masyarakat tempatan sepanjang tahun tempoh 1900 hingga 1957 boleh dikatakan secara tidak langsung membawa kepada kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Namun, penjajahan kolonial dalam diri masyarakat masih lagi ada walaupun telah lama mencapai kemerdekaan.
Penentangan Orang melayu bermula dari zaman Tok Janggut, Dato' Maharajalela pada peringkat awalnya menampakkan penerusan sepanjang pemerintahan kolonial British. Di sini, berdasarkan pendapat peribadi saya, tidak keterlaluan jika dikatakan yang sesetengah penentangan yang dilakukan adalah kerana kepentingan individu khususnya dan umum amnya. Contohnya, dilihat dari penentangan yang dilakukan oleh Dato'Maharajalela. Dato' Maharajalela bangun menentang British apabila hak mengutip cukai yang sebelumnya dikendalikan olehnya telah diambil alih oleh British. Begitu juga dengan Raja-raja Melayu dan pembesar lainnya. Apabila Raja Melayu merasakan kedudukannya tergugat, dia menggunakan 'daulat'nya dalam membolehkan 'rakyat' memperjuangkan haknya.Jadi, reaksi masyarakat tempatan sepanjang tahun tempoh 1900 hingga 1957 boleh dikatakan secara tidak langsung membawa kepada kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Namun, penjajahan kolonial dalam diri masyarakat masih lagi ada walaupun telah lama mencapai kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment